Wednesday 25 November 2015

Cara isi borang nikah

Assalamualaikum.

Sejak ada plan nak mendirikan rumah tangga ni, rajin le jugak membaca blog2 mengenai persediaan perkahwinan, tempat beli barang, checklist, penjagaan diri dan sebagainya. Rata2 sume guna perkataan "B2B". Apebende kah itu? Mula2 igt business to business, masa belajor subjek marketing dulu ada. Rupa rupanya, Bride-to-be. Jadinya, aku guna B2B jugak la ye.

Aku decide nak kahwin pon, ada masa 4 bulan je nak prepare. Mula2 igt mcm kelamkabut. Padahal 2minggu pertama je kelam sikit sbb risau dah fully booked sbb buat musim cuti. Lepas dah setel book sana book sini, terus boring taktahu nak buat ape. Cumanya, setel bahagian borang nikah la. Nah baca ni dulu.

Kena buat permohonan ye hadik hadik hakak hakak. Memang konfius gila mula2 masa nak isi borang ni. First time kahwin kan. hihi. Bajet je. Tak laa. Sebab anak pertama kahwin. Tu blur2. Tanya mak ayah depa dah lama kahwin mana ingat. Lagipon sistem sekarang mesti la lain dari dulu yedak. Since bakal suami ni, adik beradiknya dah ada yg berkahwin, jd dia tahu la sikit2 nak start dari mana. Disebabkan dia tahu, dia la kena isi borang kan?! Hahaha. Aku memang makhluk yg malas nak isi borang. Tambah2 on9. Boleh isi borang on9 isi butir diri dulu. Kemudian, depa akan email kita borang lengkap untuk lelaki dan perempuan. 

Siapa kena bertindak dulu? Laki ka pompuan ka dua2 sekali? Jawapannya, gentleman first. Laki dulu kena lengkapkan borang dia. Daam borang tu ada la semua helaian yg perlu. Bahagian HIV, borang permastautin dan segalanya. Kemudian hantar ke pejabat agama dekat daerah dia, bila dah diluluskan, pergi amek balik borang tu dari pejabat kemudian bagi kepada pihak perempuan. Harus diingat, borang tu dihantar paling awal 3 bulan sblm tarikh nikah. Kalau awal sangat bagi depa tak proses pon. Pastu kang bg depa simpan mana tahu depa lupo. Nayaaa. Proses untuk kelulusan hanya mengambil masa 1-2minggu. 

Part ujian HIV tu, kome buat je kat klinik kesihatan. Bayar singgit je. Tak lama pon. Takyah tunggu turn orang sakit. Bg ic kat kaunter pendaftaran, depa bagi nombor untuk urusan kat bahagian kecemasan sahaja. Takde nak jumpa doktor. Borang tu kome nak kena buat dua salinan tau. Satu depa nak simpan untuk record.

Sementara dapat borang laki, yg perempuan ni boleh ar siapkan borang korang. Isi mana patut. Refer ketua kampung atau tok kadi berapa salinan ic, sijil, surat beranak, dan sebagainya. Bila sume dah ok, borang dari laki pon dah dapat, tok kadi dah sain itu sain ini, boleh la hantar kat pejabat agama. Bila pejabat agama dah luluskan, pegi amek borang balik dari depa, boleh bagi tok kadi dah. Setel sume. Kira urusan pendaftaran nikah dah selesai. Boleh cuci tangan dah dari pegang pen dan kertas yg banyak helai pening kepala tgk. huu.

Tak rumit sangat pon. Yang penting, rileks. hihihi.

Kita usaha, Allah sembuhkan : Good Virtues

Assalamualaikum

Sape pernah dengar Good Virtues? Apebende tu? Fahaman baru ke? Channel TV ke? Jenama baju ke? Restoran? hihi. Bukan bukan bukan dan bukan. Semua salah sekali. Jawapannya ialah product kecantikan; includes perawatan badan, kepala, muka tak sure.

Jeng jeng jeng..


Inilah bendanya. Tapi ni untuk rambut. Rambut atas kepala ni MasyaAllah, sikit sangat dah sampai boleh buat lurah, kapal boleh lalu. Kutu pon takut nak melekat. Rasa insikio rumah banyak ruang. hahaha.

Setelah bercerita2 dengan sara, yakni rakan seperjuangan di Monash dulu, maka timbul la pasal produk Good Virtues ni. Memula start dengan jerawat, pastu ubah kemana tah lastly ke rambut yang jarang. Dia suggest benda alah dalam gambar kat atas ni. Sara kata, dia kata ada rasa kurang dah la rambut gugur. Jadi, sepantas kilat aku bergerak ke Watson. Beli full set dari syampu ke conditioner ke serum. Dia ada jual on9 jugak. Tapi harga online ada yg mahal seringgit dua. Haritu beli kat watson, ada diskaun 30% untuk conditioner dengan pembelian syampu 700ml. Good virtues ni berasaskan habbatussauda tau. Serum dia mmg kuat bau pahit habatussauda. Syampu dan conditioner sebijik bau Syampu Lebat dari D'herbs. Wangiiii~~

Ok teruskan kepada result. Aku dah pakai benda ni dalam dua tiga minggu. Pakai satu set ye. Kalau pakai syampu saje taktahu la hasilnya sama ke tak. Dulu kalau bangun tido, mesti ada 5-10 helai rambut atas bantal. Sekarang ada la selai dua. Kira banyak la improve. Pastu, selalu kalau basuh dan syampu rambut, sebeban rambut gugur kan. Sekarang ni, boleh dikatakan hampir separuh penguangan rambut gugur. Memang emehzing la. Alhamdulillah. Semuanya balik pada Allah jugak. Dia ilhamkan pada manusia tersebut hasilkan produk ni. Kita usaha je, Dia yang izinkan benda ni terjadi.

Dulu2 ingat conditioner ni akan meminyakkan rambut. Rupanya, rasa best je. Berikut urutan cara pakai produk ni atau mana2 produk rambut yang lain.

Cara pakai:

1. Basahkan rambut dan syampu seperti biasa.
2. Bilas bersih
3. Terus sapu conditioner. Ratakan betul2. Biar dalam beberapa minit. Sambil tu boleh la gosok gigi ke, cuci muka ke. Kemudian bilas betul2.
4. Dah siap mandi, keringkan rambut sikit sampai takde menitik air. Dalam rambut yang masih lembab tu, sapu dan urut serum sampai kena kulit kepala hingga hujung rambut,

Yang bagus pasal serum ni, takde rasa melekit mcm krim2 rambut lain. Bila dah kering, rasa best je. Kelimumur pon dah kurang tau. Aku pakai syampu dan conditioner utk hair fall. Ada dua jenis syampu lagi tak silap. Harga pon ok takde mahal sangat. Harga 3 barang dalam RM45. Packaging comel pulak tu. huhuhu. Yang penting, ianya halal.

Sunday 15 November 2015

Bercuti bajet di Teluk Senangin

Semenjak pengangguran ni, wang masuk yillek. Harapkan ihsan mak bapak nak makan je kan. Nak shopping berbelanja bercuti memang kena korek la simpanan yang dasar bekas pon tak penuh. Walau takde duit, hati dan perasaan masih mempunyai rasa nak melancong sana sini. Pendam saje lah uhuk uhuks. Sedang berboring-boringan di rumah, tak sangka ada kawan2 area sini ajak pergi bercuti tapi secara bajet ar. Nak release tension katenyee. Nak yg bajet kena la pergi yang dekat2 aje ye dak?

Paling dekat dengan Gopeng hanyalah Teluk Batik, Pangkor, Teluk Senangin, Teluk Rubiah, Pantai Remis dan yang sewaktu dengannya la. Pangkor mcm over bajet lak kena bayo feri la, tambang van dalam pulau, duit parking kereta.. Teluk Batik dah biasa sangat dan air lautnya terlalu amat kotoq sekali. Last choice Teluk Senangin. Survey punya survey, jumpa la beberapa pilihan. Dulu2 dah pernah stay kat Chalet Teluk Senangin. Memang tepi pantai bebetul. Mmg syiok ar tapi chalet sangat kecil dan tiada aircond dan panas dan dinding daun dan sebagainya. hahaha. Call Chalet Idaman penuh pulok. Last2 book Chalet Mesra.

Okay. Itteww dan belanja gambor chalet. Ni unit besor. Boleh muat sampai 6 orang. Harga RM120 ada satu katil queen. Nak tilam tambahan Rm10 untuk tilam single sama selimut sekali bantal. Kami pergi berempat jadi amek 2 set tilam tambahan. Kawasan dalam chalet teramat la kemas dan bersih. Pakcik tu mmg jaga betoi kawasan dia. Berenda luas. Walaupon chalet terpisah dengan laut dengan sebatang jalan, namun masih memikat jiwa. kah3. Toilet bersih. Ada aircond. Chalet ni ada 8 unit sahaja. Enam unit kecik boleh muat sampai 4 orang, dua unir besor.

Gigih tau bawak segala perkakasan BBQ, steamboat segala konon nak makan2 tepi laut. Rupanya takde lampu, bergelap je la kami makan ditemani cahaya lampu suluh dan handphone.



Memang syiok ar. Liya siap beli bekas besi pembakar baru lagi. Aku dah la drive viva je. Memang sendat sesendatnya la kereta tu esp waktu balik. Barang mmg dh sedia banyak, singgah lumut pulak beli makanan kering sorang seplastik besor. Mmg atas riba la jawabnye. Sambung pasal cerita malam tu, lps BBQ balik chalet siap2 nak tido kengkonon. Sekali dah balut selimut, bukak la cerita2 gosip2 perkembangan terkini. Mmg la selalu jumpa tapi jumpa kejap2 tak sempat nak bercerita panjangkan. Tak lain tak bukan aku la penglipur lara tu. Kering oo tekak. Family unit sebelah mesti tension gila. Sekejap2 mengilai, sekejap2 mengilai. hahaha. Sampai dekat 2pagi mengilai. Malam tu tak teringat orang sebelah. Bangun pagi tgk orang sebelah muka ketat baru la rasa bersalah. hahaha.

Untuk breakfast plan nak makan roti sama scramble egg saje. Tapi makanan malam tadi ada lebih. Maka terhasillah bihun goreng, scramble egg, tofu goreng dan lebihan BBQ smlm. Kawasan memasak sangat luas ye. Kat luar chalet la. Bukan dalam chalet. Ada dua sinki. Dua kumpulan boleh memasak. Masa kami keluar tu, group cikgu2 baru siap masak. Depa ada kem motivasi apa tah. Sekolah dari Taiping. Memang aku ada bawak dapur potable. Boleh ar masak memacam.


Tengok tu. Kemain penuh meja. Sakan masak dan makan kul 10 baru nak terjun balik. Adas sejam je la nak bermandamanda. Kena spare sejam nak bersiap. Pompuan la katekan. Kalau lelaki boleh je mandi shower yang betul2 kat depan chalet kami. Takyah nak tunggu giliran guna bilik air.

Masa balik singgah AEON Manjung makan lunch. Ternampak Wing Zone. Apebende kah itu? Rupanya fast fod baru. Tapi mmg sedap ar. Cawangan pertama dia kat Malaysia ada kat Kampar. Haritu bawak ayah p try, sampai sekarang asyik nak mengulang ke sana je. Aku boring dah. egh.

Bawah ni breakdown belanjawan yang takde la tepat sangat. Agaak2 je. Haritu kami kira2 bahagi empat sorang bayar RM63 je (exclude belanja barang di Lumut dan lunch di Wing Zone). Kira ok la kan?

Minyak kete RM40
Chalet RM140
Barang makan RM80

Sekian itu sahaja perkongsian. Moga info berkenaaan bermanfaat bagi kalian ye.