Friday 27 February 2015

percutian bajet pulau pinang

Few weeks ago, rasanya hujung january atau awal february 2015, aku ecah syah telah berjaya menakluki Pulau Pinang walau bukan keseluruhannya la kan. Tapi ok la sebab punya lama nak jenjalan ke sana, baru tahun ni berjaya. Umur udah lanjut baru nak ke sana. Sebelum2 ni dengan family, dah biasa dah. Dengan kengkawan ni je belom lagi.

Kitorang pergi takde plan pon. Hari jumaat tu baru decide. Pergi nya hari Sabtu. Syah ngan Ecah gerak dari Sunway Jumaat malam lepas balik keje, tido rumah aku dulu. Sabtu pepagi lepas subuh gerak. Keluar awal pon, lambat jugak sampai ke pulau. Singgah Bercham konon nak isi NGV. Tapi singgah bekpes dulu la pastu g mana tah lagi. 1030 pagi baru smpai pulau. Sesampai je terus menuju ke Teluk Bahang sebab plannya nak masuk hutan. Tapi tak jadi masuk hutan atas sebab2 yang tertentu, mandi sungai yang berhampiran dengan empangan tu. Ntah apa nama sungai. Ayor nye kecik bebeno. Dah macam sungai buatan. Memang di buat macam kolam untuk ada tempat mandi. Ok ok je la kepuasannya. Sampai tu tak berapa ramai sangat orang. Dah zohor baru berduyunduyun orang datang berkelah. Nasib sampai awal. Sebelum ke sungai, kami dah singgah Nasi Kandar Line Clear tapau makanan. Feel je makan tepi sungai sambil memberi ayam kepada anakanak ikan yang sungguh ramai. Seronok tengok dorang berebut ayam.

Kemudian, kami menuju pantai Batu Feringgi. Konon2 photoshoot sambil makan ABC dan laksa. Dah puas berpasan di abwah sinaran matahari terik tepi pantai, kami menuju ke hotel untuk check-in. Since takde plan, otw ke hutan simpan, book kat trivago. Tak banyak hotel ada blik untuk 3 orang. Yang ada Hotel Mingood, RM180. 1 Double bed, 1 single bed. Hotel 2 bintang. Bangunan lama. Agak seram suasana hotel dan bilik. Dalam toilet ada bathtub. Tapi nak rendam lelama pon rasa scary gila. Pastu rasa tak yakin nak makan bekpes sebab hotel cina punya dan dah cek kat laman web Jakim, takde pon Hotel Mingood dalam list dorang. Haritu terbaca tips nak book hotel online samada agoda, trivago dan sebagainya. Sebelum cek, clear cookies kat history. Jadi website tak boleh baca harga2 hotel yang dah pernah kita nampak sebelum ni.

Dah segar sikit badan, keluar balik untuk melawat street art yang aku tengok macam best je orangorang lain pergi tu. Sebelum pergi malas nak study kan, jadi melilo je la ntah kat mana2. Last2 baru tahu kat mana. Apetah nama, lupa dah aku. Rupanya memang banyak uncle2 aunty2 bukak bisnes sewa basikal. RM 10 ko pusing la sampai puas baru pulangkan basikal tu. Ada map khas untuk street art ni. Para aunty dan uncle ni ada. Mintak je. hiuhiuhiu. Tengah jenjalan, nampak kedai pisang goreng cheese. Kat sebelah balai bomba. Makcik tu pon dah mengemas barang2 dah habis tapi memang rezeki kami, ada sebungkus lagi pisang goreng yang makcik tu dah nak bawak balik. Kami dan buat muka kesian dan comelcomel sikit, maka makcik tu jual kan la stok perabisan. Kemain banyak makcik tu segek bongkah cheese dan bongkah coklat. Dah la pisang tu dia bagi semua. ada kot 20 ketul. Harga bayor RM4.50 je. hehehe. Berbaloibaloi.

Lokasi seterusnya gurney drive. Waktu tu dah dekat2 pkul 8malam. Jenuh memusing nak cari parking. Baru nak parking secara haram, ternampak Pak Bandaraya tengah cek kereta yang parking kat tepi2 laut. Kelam kabut alih kereta. Kemudian rezeki lagi, Nampak satu kawasan khas mmg untuk parking kereta sebelah Port Cornwalis. Tak ingat bape rate tapi memang murah la. Takyah risau kena sama ke kena langgor ke kena calor ke. Sebelum keluar, habiskan pisang goreng cheese coklat dengan rakus. Jenjalan tepi benteng tu, terpesona dengan kapal cruise. Maka, kami menikmati la kapal tu berlepas sambil mulut ternganga. Dah tak nampak kapal tu, cecepat aku bukak groupon usha deal pasal kapal tu. Sebelum ni pernah nampak tapi tak kisah pon. Kali ni baru beria nak terpesona.
Dah selesai urusan terpesona, kami meneruskan langkah ke medan selera di hujung jalan sebelah sana. Mata masing2 dah layu tapi ada semangat lagi nak berkaraoke. Tapi tak tahu kat mana. Jadi balik la ke hotel terus. Panjang gila post ni. Lenguh tangan menaip. Ugh.

Esoknye, pepagi keluar meneruskan perjalanan. Ecah nak sangat makan roti canai sedap. Jadi google suggest Roti canai Transfer road. Beria kami naik kereta nk cari padahal memang dekat sungguh dengan Hotel. Last2 parking depan hotel jugak. uhuhu. Roti dia spesel sebab ada ayam, daging, kambing. Tu je. Ecah tak suka roti dia sebab keras rangup. Dia suka yang lembut2 gebu. Dah setel, gerak ke Bukit Bendera. Tiket harga RM10. Masa naik tak ramai orang pon lagi. Kami berebut duduk coach yang menghadap ke bawah. Balik pon dapat spot sama. Atas tu seronok bergambor je la. Takde aktiviti khas pon. Ok la. Bawak first timer naik atas.

Dah turun, kembali menuju ke ke kawasan street art sebab semalam tak puas. Singgah kejap je. Balik singgah makan mee udang kat kedai Mee Udang Mak Jah. Tu je la cerintanya, Ini dikira destinasi bajet sebab naik kete Syah. Kete dia guna NGV. hihi. K bye.


Gambor malas nak masukkan sekali.


Yang bener,
Cimuni