Monday 13 April 2015

Melancong ke pulau perhentian

Cerita ni dah tiga tahun berlalu. Baru sekarang ada masa/mood/perasaan nak tulis dalam blog. Ahahaha. Aku budak baru belajar.

Ceritanya bermula begini. Waktu ni aku masih belajar. Pergi dengan geng2 suka berjalan. Ni geng yang main campur2 je. Kami pergi ber 5 rasanya. Bertolak dari kl tengahari. Pkul 1.30 ptg. Kali ni naik bas juga. Dari kl ber 3 je. Sebab yang lagi dua tu memang orang KT. Smpai KT dalam pkul 9 malam. Dah alang2 memang kawan orang KT, menumpang rumah dia je la. Sesampai je, terhidang dah nasik dagang kegemaran. huahuahua. Esok pagi makan nasik kerabu pulak. Nak ke Perhentian kena naik Jeti Besut. Perjalanan dalam sejam setengah dari KT. Lepas breakfast macam2, bungkus pulak segala jeni mak nenek makanan.

Sampai Besut, kami tak parking kereta di jeti. Ada sorg kawan rumah dia mmg dekat jeti besut, jadi amek dia kat rumah pastu dia hntar ke jeti dan dia bawak kereta pulang ke rumahnya. Ke perhentian ni naik bot laju. Bot yang ada atap tu je.Bukan feri macam g langkawi. Perjalanan dalam 45mins. Mula2 gila cuak atas bot tade dinding dan sangat laju gila tercampak2 semua benda (ok tipu). Cuma melayang2 berterbang2 je la. Memang sepanjang perjalanan tergelak2 rasa kelakar habis melayang tudung, spek sume. Gusi pon kering sbb angin kuat sangat kan. Lama2 seronok pulak terlambung2 dalam bot. At least takde la rasa pening macam naik feri yang slow tu.

Smpai depan chalet, kena tukar bot kecik pulak. Sebab bot yg naik mula2 tu terlalu besar sampai akan melanggar batu karang. Gila eksaited ok tgk air jernih gila2 mengalahkan air swimming pool pastu nampak corals banyak dan ikan warna warni banyak2. Sume dan tak tahan nak terjun dalam air. Sesampai je lunch dlu. Kami amek pakej kat Watercolors resort. Skrg dorang dah takde chalet. ada buat dorm dan camping saje. Style kat situ, dalam pakej, sorang ada bajet rm80 utk makanan. So, masa makan, pandai2 la oder makanan dalam menu untuk bagi cukup2 rm80. Kang oder mahal2, tak ckup makan sampai balik pulak.

Dah lunch balik bilik siap2 solat, siap2 tukar baju, 230ptg pergi snorkelling. Dekat sini bukan macam kat redang snorkelling ramai2. Kami pergi ber lima je di temani sorang akak diver. Bagus jugak chalet ni. Dia tgk kami perempuan, dia tanya kami nak body guard perempuan ke? Kalau perempuan lagi bagus kan. Tapi kena ada la jugak sorg laki. Untuk drive bot dan kot2 ada kecemasan yang perlukan kederat lelaki.

Ada 5checkpoints. Tapi tak ingat sume nama. Kat shark point, situ memang ada baby shark. Kalau bernasib baik, boleh la terserempak masa snorkelling tu. Aku nampak todak je. fuh. Rasa tak percaya berenang dengan ikan yang seram2 ni. Kawan aku nampak baby shark. Tapi kejap je sbb dia pon malu gn kami gegadis comel. hahaha. Besar manusa dewasa jugak la baby shark tu. Kat situ arus deras sikit jadi ada sorang kawan aku ni dia dah jauh di tarik arus. Dia pon dah takde energy nak berenang balik ke bot. Jadi brother tu gerakkan bot kepada kami. Kemudian aku ada ingat pergi satu pulau ni, ada air sungai. Memang sungai dan laut tak bercamtum weh. Kat situ kau boleh mandi air sungai tu. Kecik je sungai nya. Ada disediakan cebok sekali. Pastu di turtle point, rezeki kami tak murah sangat. Bukan masa turtle tu naik ke atas. Jadi tak berjumpa la kami. Last sekali ke marine park. Situ banyak gilaaaa ikan cantik lawa2 warnawarni. Mereng kejap. Dah seronok2, kami pon balik ke chalet.

Sepatutnya kami ada dapat free kayak. Sebab owner chalet kawan kepada ayah kawan aku. Tapi memang tak sempat berkayak. Sbb kami g perhentian ni dua hari satu malam je. So memang tahu lah pasni kalau nak ke pulau kena amek pakej 3 hari 2 malam. Baru puas rasa nak pengsan berseronok. Kat perhentian ni aku perati, pantai dia banyak corals mati. Jadi kaki memang akan luka masa berenang2 ketepian tu. Kalau kat redang, pantai dia pasir je. Jadi engko pon seronok berlari2 dalam air bersama ikan2. Tapi pulak, kat perhentian pantainya banyak ikan warna warni berenag sekali dgn kau. Banyak gilaa. Kat redang pulak ikan warna warni kurang dia pantai. Yang aku nampak banyak ikan bawal. Memang rupa dia sebijik ikan bawal. Sedap je rasa digoreng.

Begitu lah ceritanya di Perhetian. Perjalan dalam bot masa balik kami rilek cool je. Sebab sume dah letih kan. Takde dah gelak sakan kelakar melambung2 melayang2 berterbangan.

Sekian.

Post aku memang gambar-less. Malas nak cucuk harddisk atau godek album. Nak gambaran boleh la gunakan imaginasi anugerah Allah yg hebat kalau malas g google image je. Kan senang.

Sunday 12 April 2015

Melancong ke pulau redang

Aku gerak dari KL menuju ke Kuala Terengganu by bus. Tak ingat la harga bas berapa. Yang bagus, amek bas malam. smpai sana subuh. Memang aku ada kawan di KT, jadi rehat2 kat rumah dia dulu sambil menikmati juadah Terengganu yang disediakan oleh tuan rumah yang sangat baik hati.hihihi. Kalau korang takde geng kat KT, dun weri. Benda boleh setel. Dah smpai subuh tu, lepak2 la dulu cari kedai makan ke atau pergi ke masjid putih yang berdekatan untuk solat subuh dulu. Stesyen bas teramat la sangat walking distance ke jeti. Jeti terletak di sebelah pasar payang. So, korang boleh la bukak google map untuk membayangkan kedudukan 3 lokasi ni; stesyen bas, jeti dan pasar payang.

Nama jeti di KT ialah Jeti Shahbandar (JS). Dari JS ada 3 feri ke Pulau Redang. 9pagi, 10.30pagi dan 6petang. Yang bagusnya naik 9pagi kan? Tapi since aku dan geng melepak rumah kawan dulu, kami naik feri pkul 1030pagi. Perjalanan feri dalam 1jam30 min la. Ada di satu spot, ada bertukar feri bergantung kepada chalet mana kau nak pergi. Haritu kami stay di Redang Lagoon Chalet. Amek pakej dorang. Dalam banyak2 chalet, dorang punya paling murah. Better amek pakej kalau menginap di pulau ni. Sebab nanti ko akan terpaksa mengeluarkan duit yg lebih banyak kalau asing2. Makanan kat Pulau memang mahal.

Keadaan chalet tu berpatutan la dengan apa kau bayar. Gambar kome boleh google sendiri. Kami amek bilik untuk 4 orang. Bilik tu ada dua tingkat. Boleh pulak kan bilik dua tingkat? Masuk2 pelik jugak tapi cukup luas la untuk 4 orang. Di laman chalet ada banyaaakkkk hammock. Ko boleh lepak2 kat hammock tu memalam, lepas makan, sementara trip snorkelling seterusnya dan sebagainya. Suasana nyaman je.. Makan disediakan semua buffet. Makan la ramai2. Disediakan makan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Masakan semua masakan melayu. Makanan boleh tahan la. takde la teruk sangat tak boleh masuk tekak kan. Ko nak apa dah bayar murah je.

Selalu cuti sekolah memang happening pulau redang ni.Nasib kami agak baik. Kami balik je, segerombolan family smpai. Takde la nak bersesak2 dengan kanak2 riang semua tu. First day, sesampai je terus cek-in dan lunch. Pkul 230ptg bersedia untuk snorkelling. Snorkelling bukan group kau je. sekali dengan semua penduduk chalet tu. 1 bot boleh muat dalam 15-20 org kot. Kalau ramai konvoi la 2 3 bot. Dorang bawak snorkelling dah 4 5 points. Boleh la ko berhabisan tenaga tgk ikan2 yg sangat cantik dan banyak. Ko boleh tendang2. Tapi memang takkan kena la kan sbb dorg renang lagi laju. hihi. Pkul 5 lebih habis lah.

Sesampai chalet minum petang dah disediakan. Dlu makan cucur bawang. Kami tak makan pon. Amek banyak2, bawak ke dalam laut bagi ikan makan. Bawak makanan, baru la ikan berkerumun kelling kau pastu boleh la seronok2 selpi bersama ikan. Kami memang lupa betul nak bwak roti. Salah sebenanrnya bagi ikan makan cucur bawang yang berminyak tu kan. Tapi dah terdesak nak buat cane. hihi. Lenkali, bawak roti seguni, masa snorkelling tu bawak. Ikan memang suke bebeno roti ni. Boleh la fefeeling disayangi ikan2. hahaha.

Esoknya, pagi2 pkul 9 snorkelling sekali lagi. Kali ni p marine park pulak. Banyak woi ikan kat sana. Ada geng aku ni memang peramah gila. Habis semua beachboys kami kenal. Maka boleh la mntak banyak pertolongan. hahah. Di marine park ni ada satu belut yg besar gila sebesar manusia dewasa. Kami kan baik dengan beach boy, jadi dia bawak la kami p tgk belut tu. Belut tu tinggal dia bawah jeti. Diver tu menyelam ke bawak, peluk dan bawak belut tu naik atas untuk kami berjumpa dengannya. Besar dan mengerikan. Selain itu, di marine park ni jugak akan ada photographer amek gambar dalam laut. Sekeping rm5 rasanya. Ke 15? tak ingat jugak. haha. Ko posing la berdekatan dengan coral yang ala-ala pokok krismas. Kamera dia memang power. Nampak jelas ikan2 yang interprem gambar ko dan coral2 yg warna warni. Gambar akan diberi dalam dvd dan boleh juga amek softcopy masuk terus dalam fon dan engko boleh terus uplaod kat instagram haha.

Di marine park smpai tengahari je. Lepas lunch ko buat la apa2 aktiviti yg ko suka. Seperti kami, jalan2 sepanjang pantai sambil memenuhkan memory fon bergambar sakan. Ko teruskan la pergambaran sampai ko muak nak muntah hijau sampai dah takde daya. Stok gambar tu boleh guna untuk setahun tiap2 hari upload haha. Macam tak boleh move on kan? Tapi memang pon. Smpai sekarang teringat2. Walaupun dah hampir setahun berlalu. Sekarang baru rajin nak buat blog.

Hari ketiga, lepas breakfast terus siap2 balik. Feri smpai lebih kurang pkul 1030. Smpai JS dlm pkul 1230 sbb banyak sangat perhentiannya amek orang. Kami balik naik bas. Jadi melepak dlu la di rumah membe, lepas maghrib, dia hntar ke stesen bas balik.

K. Tu je.

hihi.